Tuesday, August 17, 2010


PIAGAM   PELANGGAN


Kami ahli jawatankuasa Musolla al-Hakim Ibnu Khaldun Sek. Keb. Bandar Putra akan berusaha untuk:

*  Memastikan pengurusan Musolla Sek. Keb. Bandar Putra berjalan mengikut kehendak yang digariskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

*  Menyediakan Pengawas Musolla yang berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, komited, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas setiap masa.

*  Menyediakan program dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar bagi melahirkan modal insan yang cemerlang didunia dan akhirat.

*  Memastikan setiap pelajar dapat melakukan amali terutamanya amali wudu’ dan solat dengan selesa dan sempurna.

*  Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mengamalkan peraturan-peraturan musolla sama ada di sekolah atau di tempat lain.

* Bersedia memberi dan menerima pendapat, syor, teguran yang membina dan nasihat yang baik dari semua pihak demi          meningkatkan kecemerlangan pengurusan musolla.
 

No comments:

Post a Comment