PIAGAM PELANGGAN
Kami ahli jawatankuasa Musolla al-Hakim Ibnu Khaldun Sek. Keb. Bandar Putra akan berusaha untuk:
* Memastikan pengurusan Musolla Sek. Keb. Bandar Putra berjalan mengikut kehendak yang digariskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
* Menyediakan Pengawas Musolla yang berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, komited, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas setiap masa.
* Menyediakan program dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar bagi melahirkan modal insan yang cemerlang didunia dan akhirat.
* Memastikan setiap pelajar dapat melakukan amali terutamanya amali wudu’ dan solat dengan selesa dan sempurna.
* Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan mengamalkan peraturan-peraturan musolla sama ada di sekolah atau di tempat lain.
* Bersedia memberi dan menerima pendapat, syor, teguran yang membina dan nasihat yang baik dari semua pihak demi meningkatkan kecemerlangan pengurusan musolla.
No comments:
Post a Comment